Posts filed under 'Thinking mouth'

Malaysian dirty jokes made Clean!

Penatnya…! nampaknya perjalanan kali pertama ke perak cukup melenguhkan badan! walaupun jarak di antara negeri sembilan dan destinasi kami tidaklah sejauh seperti yang pernah dilalui antara Lahad datu dan Kota kinabalu, tapi penatnya lebih terasa. nak katakan jalannya terlalu bengkang bengkok; tidak juga.Pelik.

kali ni perjalanan kami sekeluarga tidaklah menggunakan kereta persendirian, tapi dengan bas sewa. Kata ayah, naik bas lagi seronok-dapat berborak dengan kawan sepejabat. maklumlah, sama-sama pergi untuk hari keluarga.

nak dipendekkan cerita, apabila tayar mula berputar dua panel LCD pada siling bas itu terbuka. semua mata tertumpu padanya, jenamanya samsung. mulalah si samsung ni menayangkan cerita melayu…alah…Cerita duyung. dalam sedekad ni takda pulak saya tengok cerita melayu berkisarkan kisah duyung. tapi dah agak dah-asalkan cerita melayu mesti ada lawaknya.

lawak sana…lawak sini…lawak situ sana sini…..

best tu…best jugak. tapi adalah rasa boring sikit. maklumlah cerita melayu, tak lari genre komedi ntah apa-apa ntah. sebahagian ada lawak bijak, tapi sebahagian bodoh. sorilah, kasar sikit. tapi frankly, saya katakan ia bodoh pasal ia kurang membina. yang saya ingat- lampin pakai buang boleh mangakibatkan keguguran(tak tahulah ia fakta,tapi bunyinya lawak jugak…kah kah…tanggal gusi aku.)\\

saya taklah ingin bersikap memprotes producers yang menghasilkan filem-filem macam ni. saya tak katakan hasil seni seperti ini tidak bermutu, tapi bagi saya sudah tiba masa producer menghasilkan movie yang baru yang lebih membina.

sudahlah tu….kurangkanlah idea lawak-lawak tu ….idea babak cintan-cintun….saya dah bosan..tau! kalau nak hasilkan filem nanti, saya harap jadikannya lebih berfakta, lebih serius. saya rasa malas dah nak tengok cerita hero….tapi majoriti babaknya lawak. jadi layakkah cerita ini dipanggil cerita hero….macam Batman atau catwoman….

saya rasa tak sepenuhnya ya…

saya faham, kebanyakan filem-filem melayu tu dibuat ikut selera orang melayu…tapi ketahuilah Prof-prof, datuk-datuk,encik-encik producer…..selera yang kamu fikir itu amat teruk!!!!! cuba tengok cerita Anak mami…tak kisahlah keberapa pun. mata penonton dijamu dengan babak umpat-mengumpat ,tapi untuk menjadikannya nampak ‘Cantik’ dan ‘lawak’….maka dimasukkanlah dialog yang kelakar….jadi orang yang tengok pun rasa tak mengapa jika kita mengumpat…..

cuba pulak kita tengok satu lagi cerita melayu ni.macam biasanya, lawak juga. tapi saya berani cakap orang putih boleh kata cerita ini ada Dirty Jokes, tapi taklah sedirty jokes mereka. tapi kotor tetap kotor! babak yang dirty tu ditunjukkan ketika hero lawak tu memilih calon isteri kedua-datanglah seorang perempuan yang memperagakan tubuhnya, menunjukkan betisnya yang licin…..etc.

tapi bijak jugak producer ni, dengan idea yang bernas…dia menjadikan babak itu lawak apabila si hero dan pembantunya tunjuk geli geleman bila perempuan tu ada dipangkuannya.Lawak!

Bijak!bijak! see…in Malaysia dirty jokes are made Clean!

kalau begitu lebih bagus terus jadikannya filem porno!

dekat bangku selang empat baris dihadapan saya, seorang budak perempuan lima tahun duduk. sama tergelak macam saya, tapi dia tak sedar babak tu cukup mengotorkan matanya yang masih muda.

 Prof-prof, datuk-datuk,encik-encik producer….sedarkah kamu sudahpun menganiayai budak itu? mungkin kamu akan kata ,”tak kisah…asalkan duit masuk poket  aku..” tapi fikirlah sekali lagi jika anak kamu juga menontonnya, tak kisahlah yang dah besar pun. tak mustahil dia akan ikut lagak pelakon itu.suka tak!?

sori…emotional skit…tapi begitulah hakikatnya yang perlu disedari.

Prof-prof, datuk-datuk,encik-encik producer, i know you can read me because i know youre purely educated. but i beg to ALL of you, use your power and ability in art properly. control your artistic skill and dont let it contaminated with bad culture. most of you forgot on yourself when producing  movies-same as how the the actors forgot  on themselves  when theyre on scenes.

jangan fikir pasal duit dan untung sahaja! kalau begitu lebih baik kamu berhenti…tak layak jadi producer!

Prof-prof, datuk-datuk,encik-encik producer yang saya kasihi, media has it’s very own strong influence in Malaysia, and one of them is Movie. Movies is the season of malaysians eye. and every scences captured creates the mentality of  malaysians.

jadi ia bermaksud para producers mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mereka mentaliti rakyat malaysia.jadi taubatlah wahai pejuang seni yang terlajak jalan..Allah tidak mengaharamkan seni bagi kamu, tapi kamu lah yang mengotori seni itu…taubatlah….allah itu maha pegampun…!

p/s-sori, saya kata tadi tak nak memprotes, tapi rasanya kena buat jugak! Kalau tak rasanya tak cukup lantang suara muda saya ni…:p

wassalam!

Add comment Jun 23, 2008

warkah

waalaikumsalam w.wt ya akhi…

terima kasih dengan maklumat ini, semoga ALLAH azza wajalla mempermudahkan lagi pertemuan kita dalam gelanggang ukhuwah yang penuh dengan dugaan ini.

ya..saya akui memang lama juga tidak mendegar khabar dari akhi…terasa sunyi sekejap pula peti emel ini dari khabar akhi…

tapi ALLAH berkali-kali menjelaskan dalam kitabnya..bahawa kita anak adam tidak sepi dari melakukan kesilapan. Semoga kita sentiasa dalam pengampunanya.

saya disini OK saja..di negeri sembilan sekarang. sekarang sedang menanti keputusan UPU(tak tahulah tercampak di universiti mana).minggu lalu saya gagal untuk terpilih melanjutkan pelajaran di indonesia dalam bidang perubatan…huhu sedihnya.

tapi ketentuan ALLAH itu lebih baik mahunya,

walaubagaimanapun, hari hari disini terasa sunyinya tanpa sahabat di sisi. maklumlah keluarga saya pun baru dua tahun lebih disini jadi tidak banyak yang saya kenal. Bukan terniat untuk menjadi kera sumbang tapi keadaan yang tidak membenarkan. kebanyakan remaja disini terjebak dengan kerosakan. Jalan di depan laman tak sunyi dengan bunyi deruman motosikal mat rempit.

tapi saya sedar

ini silap saya juga kerana tidak cuba mendekati mereka, tidak membetulkan jalan mereka agar mereka sedar akan silap mereka.

Ya Allah..berilah kami kekuatan.berikanlah kami hati yang utuh dalam mengingatimu dan memperingati hambamu yang lain.sinarilah hati kami dengan cahaya yang bakal memandu kami dalam dunia yang semakin kotor ini.

buat itu sahaja bingkisan kali ini…semoga rahmat allah mengiringi kita

“hasbunallah wa ni’mal wakil!”

assalamualaikum w.w.t..

p/s-ya akhi…mengenai jadual pertemuan tu…boleh tak sesi pada malam jumaat itu dipindahkan ke hari lain atau dilewatkan sedikit pada jam 9.15.ini disebabkan pada jam 8 di sini(semenanjung malaysia) adalah waktu diantara maghrib dan isyak..jadi berkemungkinan  besar pada malam jumaat ada aktiviti di masjid

wassalam! 

 

Add comment Jun 17, 2008

THINK LAH!!!!!!!!!

hai!

hello!

assalamualaikum!

have you start thinking today? if yes, prove it! think on the things you already thinked today, until now!

0ok!apa?ha? kamu tak fikir apa apa lagi, alamak…lambatlah otak kamu heat up untuk hari ni! ayoyoooo macam mana nak maju ni…….

””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””’end of prologue””””””””””’

sekian saja mukadimah saya kali ini,nanti takut panjang dan meleret leret pulak ye…

tapi sudah kah anda mula berfikir? kalau anda dah berfikir, fikir apa pula ya? kalau anda perasan saya seolah olah bercakap dengan seseorang dalam mukadimah itu. siapa dia itu? itulah saya!

HAHAHA..maaf jika anda bingung dengan bicara saya ini, tapi itulah hakikatnya. itulah Kuasa berfikir yang sebenarnya. dengan berfikir anda akan berupaya berbicara dengan minda anda, malah lebih dalam berbanding itu. jika anda mahu, anda mampu berbicara dengan hati anda , malah dengan nafsu anda sekali!

Hebat,Kan!

jika kamu berfikir sekarang, kamu lebih hebat daripada Alexander Graham Bell yang menjadi orang pertama membuat panggilan jarak jauh menggunakan alatnya yang dipanggil “telephone”…..

maka dengan berfikirlah orang barat menjadi lebih maju secara material dan ideologi berbanding  kita yang berada di timur ini- walau secara realitinya timur mencapai ketamadunan lebih awal berbanding barat.           

cuba lihat dengan lebih spesifik lagi- kalau kita amati kembali orang timurlah dahulu yang mencipta layang layang.malah bukan satu bangsa yang tahu akan layang-layang,ada cina jepun dan melayu.Tetapi (kata orang barat lah) adik beradik wright lah yang berfikir dahulu untuk terbang dan seterusnya daripada usaha untuk merealisasikan buah fikiran itu terjadilah Kapal Terbang! bukannya orang cina jepun mahupun melayu!

kalau orang melayu sekarang ni…dengki sikit terus jumpa bomoh untuk kenakan orang yang didengki-sanggup lagi nak bagi pengeras beribu-ribu ringgit! lepas tu timbul lah fenomena pelik pada orang yang dikenakan tu..salah satunya ialah Kapla Terbang (kat kampung orang panggil Balan Balan-fikir kat mana tue..)

Wakakaka…bukankah itu agak bodoh jika diamati dengan fikiran dalam!

Dengan fikiranlah juga kita mampu mendahului zaman. ini sudah pun dibuktikan oleh ahli fikir yang terdahul seperti galileo, ibnusina arrazi….dan  macam macam lagi! saya lebih selesa memanggil mereka ahli fikir berbanding ahli ilmu, kerana dengan berfikirlah mereka berkuasa mengungkai rahsia yang ghaib pada mulanya-iaitu ILMU

 i dont really think Knowledge is power but THINKING WILL MAKE YOU POWERFUL-because knowledge does not make you gain anything unless you think over it. your mind only fruits new ideas and knowledges if you start thinking and doing things, am i right?

so, start thinking now!

wassalam!

Add comment Jun 17, 2008


Arkib

Label

hanging around...

Tulisan Terbaik

Penulis

Gugusan Kategori

shouting mind! Thinking mouth Uncategorized

Komen terbaru

Laman

Blogroll

 

Januari 2010
I S R K J S A
« Nov    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Kiriman Terbaru

Laman

 

Januari 2010
I S R K J S A
« Nov    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blogroll

Spam Blocked