BAPA DEMOKRASI SUDAH DIGULINGKAN

November 15, 2008

Hahaha!

got’cha!

kan dah terkena, dont judge the book by its cover!

Apapun, bagi yang membaca blog ni, moga dalam keadaan sihat walafiat, dan bahagia selalu. ingatlah, setiap dugaan dan kebahagiaan yang datang itu anugerah allah!

cuba tengok Imam al- Ghazali, kalau sehari dia tak merasa susah, dia lagilah bimbang. Rasanya macam Allah tak layan dia je….

susah nak cari orang muda yang pola fikirnya macam ni…tau. yang ada sekarang cuma sampah (bukan semualah). Yang pergi clubbing, khalwat, zina , dan macam macam lagi lah!

(ish, ish…apa ni prof, jahat betul la mulut tu…sanggup cakap orang muda malaysia tu sampah)

bukan macam tu, tapi kebanyakanlah. tapi harus ingat, sampah boleh dibersihkan, dibaiki, dan diguna semula. macam biasa malah lebih baik lagi. Tapi, siapa yang akan buat semua kerja tu?

Itulah kerja Muslim yang lain, membaiki dan dibaiki. Membetulkan dan dibetulkan. Membenarkan dan dibenarkan (harap harap begitulah…..lol)

oh ya…suatu benda saya nak share…

tentang perkembangan islam kat barat, terutamanya kat amerika, Alahhhh yang selalu orang kita kata negara setan tu (ala!? kan negara Bush)

tahukah kamu, islam merupakan agama yang Paling berkembang pesat kat sana. secara statistik, lebih 35000 orang menjadi islam dalam setahun…

kan hebat tu??

Islam itu Hebat, dan Allah itu maha Hebat.Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang berusaha untuk mendapatkannya…

Sekali je islam diperkenalkan di barat, ramai yang terkejut akan kebenaran islam! Pakcik pakcik, makcik makcik kat sana terkejut bila dapat tahu yang orang islam bukan sembah Rasulullah, sepertimana orang kristian menyembah Isa al Masih.

ramai yang merintih bila tahu kebenaran ini..

tapi berbeza dengan kita disini, kita ada badan agama (yang belum tentu dapat bergerak bebas), kita ada mak bapak yang islam, kita ada Pendidikan Islam kat sekolah…..tak cukup lagi? Kita ada ustadz yang dok ajar kita mengaji….dan banyak lagi.

But why? Kita pula yang menjadi semakin buruk dan lebih buruk berbanding dari mereka?

Here, i wanna share some thinks and thoughs (and then think bout it!)

1. Pendidikan islamik kita tak mantap

-ni satu hal yang serius, kerana kebanyakan warga malaysia ni orang muda. Of course kita taknak terhasilnya orang muda yang bongok-bongok. Nampaknya pendidikan islam kat negara kita semakin lapuk-dan pendidikan non islamik pula yang diagung-agungkan. Kata negara islam? So, please….walk the talk. Kenapa pisahkan kurikulum sekolah agama dari sekolah kebangsaan? Kan lebih baik masukkan je matapelajaran sekolah agama tu dalam KBSR, KBSM sekali. Alah,,lagipun pelajar hari ni makin mantap- 17A, 21A….cakap je …mereka boleh tu..

——-saya nak share skit- terutamanya yang muslim, pernah tak cikgu kat sekolah tanya…..contohnya…Berikan salah satu faktor yang membawa kepada maksiat, atau Berikan satu contoh yang mendorong kepada judi arak (5 markah)

……………………….kalau saya dulu, bila kepala dah jam dan takde point nak fikir lagi ada satu jawapan yang famous- Pengaruh dari budaya barat. (dan betul jawapannya, thats rite!)

inilah penyakit kita. Diri sendiri yang cari nahas, nak salahkan orang lain pulak. Orang letak racun tengah jalan, korang makan. Koranglah yang bodoh !(sori…kasar sikit) Orang tu tak suruh pun kamu makan.

Inilah yang terjadi bila tiada persediaan iman, akidah dan amal dalam diri. Bukan gitu?

2. Tiada persediaan terhadap arus globalisasi

-Malaysia memang hebat (malaysia boleh). Saya bangga jadi rakyat malaysia. Ada twin tower, ada macam macam lah! Tu lah hasilnya globalisasi, atau lebih tepat lagi; kebaikan globalisasi. Ramai yang kata globalisasi tu buruk, dan tak kurangnya kata yang baik. Masa saya ikut PLKN dulu, inilah topik pertandingan debat kami. Baik? atau Buruk?

kalau dulu saya akan kata benda ni sungguh buruk. Lebih buruk daripada beruk yang duduk posing atas pokok. (hehe) tapi fikiran saya dah berubah, sesungguhnya jalan tengah adalah yang terbaik bagi seorang muslim.

‘everything in this world almost have both nature- good and bad’ demikian juga bagi globalisasi. Itu semua sudah maklum.

Tapi yang masalahnya disini ialah sejauh mana orang kita terima semua kemodenan ini. Termasuklah kepada pemimpin. Pembangunan bandar itu bagus, tapi kenapa bangunkan tempat maksiat? Berhibur tu bagus, tapi kenapa berhibur guna benda yang haraam? Ingatlah, berapa ribu kati dosa orang tu tanggung pasal benda ni. Terutamanya pemimpin.

satu lagi rakyat kita. Terutamanya melayu. Sungguh menyedihkan, saya nak cakap. Wahai pemimpin orang melayu, tidakkah kamu sedih- kamu seolah olah menconteng arang di muka sendiri. Setiap kesilapan anak melayu itu hasil dari kesilapan kamu sendiri. Itu kamu faham-faham lah ya (taubat sebelum terlambat) Kerana salah guna globalisasi, anak muda kita terjebak pada maksiat. Kenapa, kerana pemimpin kita tak didik mereka bagaimana nak terima arus pemodenan. Pastu, bila keadaan runcing, takda seorang pun yang nak tegur rakyat akan kesilapan mereka. Yang ada cuma bercakaran dalam parlimen tentang hal yang tidak munasabah.

3. Krisis Kepimpinan

yang ni….faham fahamlah yekkk

4. Memisahkan masjid dengan dunia

-ni lagi satu hal yang penting. Kalau Pak Lah declare yang Malaysia bukan negara bukan islam saya tak akan cakap hal ni. (haha) Tapi mau\tak mau, kena juga. Apa salahnya nak jadikan masjid tempat musyawarah, tempat berbincang. Dan apa salahnya nak bawak bangsa malaysia yang bukan islam berbincang disana. Biar mereka tau bagaimana islam. Yang ini lain, Melayu diutamakan tapi islam kena letak belakang!

‘takkan Melayu hilang di dunia’- pleeeeease..fitnah apakah ini, buktikan hang tuah pernah cakap hal ini..please prove me if this statement 100% true.  Nak cakap melayu dah lapuk lah, ini bukan tanah melayu tapi dah jadi Malaysia. Cakap pasal bangsa malaysia barulah boleh guna.

nak tengok bangsa melayu sekarang pun….makin banyak yang makin lenyap. ynag cuma ada yang berpegang kuat pada agama. Itulah melayu sebenar, tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Tak kurang juga yang cakap mengagungkan ketuanan melayu mereka, tapi tengok perangai tak ubah macam perosak bangsa melayu. Mana kecantikan melayu itu, tolonglah tunjukkan!

Wahai pemimpin yang bertakhta sekarang, tak payahlah nak ambitious jadi macam khulafa arrasyidin…..cukuplah jadikan Sultan Melaka yang terdahulu sebagai contoh- bagaimana mereka menerima islam dengan ikhlas. Bagaimana mereka membangunkan islam dalam negara. Alhamdulillah, mereka sudah menjadikan islam dan melayu bagai tak boleh dipisahkan.

-sampai disini sahajalah komen saya-maaflah sedikit emosi. Biasalah…darah anak muda. Kadangkala baik kadangkalanya buruk. However, please ponder these. youre highly educated, dont let your lust and desire making you be underneath the animals and satan, which supposed be worse than you.

Assalamualaikum.

Entry Filed under: Uncategorized. .

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Arkib

Label

hanging around...

Tulisan Terbaik

Penulis

Gugusan Kategori

shouting mind! Thinking mouth Uncategorized

Komen terbaru

Laman

Blogroll

 

November 2008
I S R K J S A
« Sep    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Kiriman Terbaru

Laman

 

November 2008
I S R K J S A
« Sep    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Blogroll

Spam Blocked