Entahlah datuk-datin….

Jun 25, 2008

Salam!

Amacam? Hari ni ok tak? Kalau tak..jangan bimbang!

esok kan ada!

Tapi hari ni rasanya diri amat tak selesa. Maklumlah-sabtu ni nak pergi KL dah…nak pergi lapor diri kat universiti. Jadi lepas ni susah sikit nak buat post baru untuk blog ni, yalah kan nak ambil masa untuk belajar.

Sesekali kemelut politik negara bermain dalam kepala saya ni. Entahlah kenapa. Mungkin pasal saya terpandang akan website malaysiakini. Nampaknya semua mata media sekarang tertumpu rapat dengan krisis yang berlaku antara pemimpin kita.Dah tugas dia. Bila begitulah jadinya, mata rakyat pun sibuk dengan perkara yang sama-tengok apa yang betul dan salah tentang pemimpin. Pro dan protes . Anti menganti. Puji memuji.

Maki memaki pun ada.

Tapi- frankly saya nak kata, saya tak tertarik sangat dengan kemelut ni. Naik muak saya nak tengok- muak, pasal bagi saya senario semasa tak menunjukkan yang  pemimpin kita mencari jalan penyelesaian untuk masalah ni.

Masalah apa? Masalah rakyat yang tak sedar diri tu rakyat!

Kenapa? Banyak pemimpin sekarang sibuk dengan masalah mereka sendiri. Badan mereka sendiri-bukan fikir pasal rakyat. Untuk lebih jelas-mereka seolah olah sibuk baiki pakaian diaorang; kain yang terjatuh dinaikkan, seluar yang terlondeh dibetulkan,macam macamlah!

Tapi tak adalah Datin-Datin yang tertentu naik baiki tudung joyah-jambul diaorang!

wakaekekekeh!

Yalah, betul kan! Saya tak ajukan pada mana-mana pihak…tapi bagi yang terasa saya nak bagi tahu awal-awal-no sorry beb. Lebih baik kamu minta maaf dengan diri; pasal kamu tak pandai jaga diri!

oop..terkasar pulak..jangan bimbang, saya tak mengundi lagi pun, belum cukup umur!

Berbalik pada apa yang dibincangkan tadi, pada pendapat saya senario sekarang cukup banyak kesannya. Positifnya; suasana menjadi lebih telus bagi rakyat untuk memilih yang manakah pemimpin terbaik-yalah yang selama ini duduk atas kerusi tu pun dah pecah tembelangnya,kan. Itu salah satunya, yang lain tu fikirkanlah sendiri.

Tapi, sedar tak sedar senario ini pun ada buruknya? Pemimpin sibuk-sibuk  mencari populariti, membaiki populariti dan  menaikkan populariti-ada yang bertujuan murni dan ada yang tak,macam biasa. Jadi rakyat pun sibuk melihat gerak geri mereka-yang mana satu pilihan hati. Suasana ini dihangatkan lagi dengan  kehadiran media.

Memanglah kita sebagai rakyat bertanggungjawab sebagai pemilih, dan memilih! Kita kena bersepakat untuk pilih mana satu pemimpin yang betul jalannya Tapi setakat memilih sahaja tidak cukup! Being a citizen does not mean you only have to choose the right leader! Its more than that!

Maka dalam senario ini tenggelamlah minda rakyat dalam satu mode tunggal- iaitu mode memilih.Pilih pilih pilih. Mereka sibuk nak pilih sampai fikir negara terbina hasilnya daripada usaha memilih pemimpin yang betul sahaja, yang menjadi pilihan majoriti- cetek pemikiran sebegitu! Bukannya semua lah, tapi sebahagian besar memang begitu.

Sebenarnya, kalau diamati betul-betul masalah ini dah berlanjutan sejak  gelanggang politik di negara kita dah mulai aktif pada suatu ketika dahulu. Pada masa ni, pemimpin tidak lagi berjuang seperti pemimpin dahulu yang berhempas pulas untuk mendapat kemerdekaan, tetapi lebih kepada memperjuangkan misi pembangunan. Jadi ramai yang mencebur diri dalam bidang politik untuk meyakinkan rakyat merekalah yang mampu membangunkan Malaysia. Caranya- demokrasi.

Dari rakyat untuk rakyat, kepada rakyat,oleh rakyat…..macam tulah lebih kurang.

Cara ni memang nampak best, cukup kuat untuk mengukuhkah perpaduan rakyat melalui persepakatan majoriti. Kedaulatan negara lebih terpelihara dari pihak luar(rasanya lah..)

namun…daripada demokrasi yang dibanggakan ni timbul satu sindrom dalam kebanyakan minda rakyat. Apabila puas hati dengan pemimpin mereka, dan pemimpin mereka sedaya upaya terus menerus cuba memuaskan hati mereka, rakyat pun  jadi malas. Bukan masalah malas kerja(walaupun mungkin ya) tapi malas memikirkan kerakyatan mereka dari kaca mata patriotik.

Ini bukan celoteh sempena hari kemerdekaan,lagipun bulan ogos lama lagi. Tapi beginilah hakikat sebenarnya menjadi seorang rakyat- sedar akan tanggungjawab masing-masing. Bukan setakat mengadu dengan kerajaan bila ada masalah. Bukan setakat mogok bila harga minyak naik(ini tak patut wokey…). Bukan setakat riuh macam parlimen tu…dan panjangkan perbincangan di warung mamak atau kedai kopi. 

Ataupun pokoknya, kepala otak rakyat kita dipasak dengan ideologi seorang  pak turut, menjadi ekor lembu yang sibuk mengibas-ngibas untuk menghalau lalat yang hinggap. Tak ada potensi untuk menjadi pemimpin yang diikut! Apa ,mereka fikir pemimpin hari ini akan terus stabil kedudukannya pada hari esok? who knows tiba-tiba jatuh ditimpa dek tangga, binasa satu negara! Satu negara terus goncang kerana tiada rakyat yang nak bangkit nak mewakili kebenaran. Yang ada cuma riuh rendah dalam menunggu siapa yang menggantikan kerusi pemimpin tersebut!

Beginilah krisis kepimpinan yang perlu diambil berat oleh kita sebagai rakyat.Tapi majoriti rakyat berfikir bahawa rakyat tu rakyatlah,  pemimpin tu pemimpinlah-lain dengan rakyat.Itu SALAH! Ingat, tanpa rakyat siapalah pemimpin- kerana tanpa rakyat tak lahirlah pemimpin dari kalangan mereka!

Jangan salah faham! Fahami kata-kata saya dari sudut positif. Bukannya saya nak ajak semua rakyat bersuara lantang dalam pilihanraya-menjadi tidak sehaluan. Being a leader doesnt mean you grab a chair at the parliament!

Namun saya ingin menunjukkan keyakinan saya bahawa jika setiap rakyat bertindak seperti pemimpin yang positif dan sentiasa dikelilingi oleh nilai murni setiap pemimpin, nescaya satu hari nanti secara automatic wujud satu kepimpinan rakyat yang tulen dan adil. Bukan pakatan yang berbau politik semata-mata! Rakyat yang mewakili rakyat.Bukannya menjadi pemimpin yang lupa dirinya itu rakyat-yang menjadi sebab utama kemungkaran bersepah-sepah di keliling pinggang mereka!

(Alah- ramai pemimpin bercakap yang dia berjiwa rakyat-tapi cakap tak serupa bikin!)

Begitu juga bagi rakyat yang sudi mengorbankan diri menyokong pemimpi yang memperjuangkan kebenaran-negara kita perlukan kamu!!

Melihatkan keadaan sekarang rakyat nyaris-nyaris seperti anak yang belum bercerai susu yang ditinggalkan ibunya…cubalah bayangkan.

Entahlah datuk datin, tapi itulah luahan saya sebagai rakyat. Mungkin fenomena sekarang memaksa saya berfikir begini. Mungkin itulah hikmah disebalik riuh rendah pentas kepimpinan hari ini.

alahai!

Wassalam!

 

 

Entry Filed under: Uncategorized. .

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Arkib

Label

hanging around...

Tulisan Terbaik

Penulis

Gugusan Kategori

shouting mind! Thinking mouth Uncategorized

Komen terbaru

Laman

Blogroll

 

Jun 2008
I S R K J S A
    Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Kiriman Terbaru

Laman

 

Jun 2008
I S R K J S A
    Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blogroll

Spam Blocked