Bawalah berbincang…

Jun 25, 2008

Pagi-pagi mengangkat pukat,

Pukat diangkat sampai ke Sentul,

Aku debat engkau pun debat,

Sampai tak tahu siapa yang betul.

—————————

Makan kari dan cili giling,

Bertambah enak dengan ikan yang garing,

Aku bising engkau pun bising,

Aku diam engkau lagilah bising.

Maaflah, pantun tak berapa cantik; maklumlah cuma pantun rojak. Tapi, rojak rojak pun mengena jugak ye…(wekekeke..)

Mungkin itu saja mukadimah ringkasnya. Tapi saya pasti pembaca mampu menangkap topik kali ini. Tentang berdebatlah, apa lagi….

Pernahkah anda berdebat? Saya yakin ya- tak kiralah debat yang formal atau tidak formal. Tapi prinsipnya sama iaitu menegakkan pandangan dari diri sendiri dan membuktikan pendapat  diri sendiri lebih baik berbanding orang lain.Macam tu kan?

Secara peribadinya saya memang benci untuk berdebat. Honestly,saya tidak ada otak dan mulut yang cukup hebat untuk berdebat. Otak saya tidak cukup tangkas untuk melihat kelemahan idea orang lain. Maka secara formal atau tidak formalnya memang saya kalah kalau dibawa berdebat.Tapi itu bukan sebab utama mengapa saya benci debat. Mungkin falsafah disebalik debatlah yang mempengaruhi saya untuk kurang menyukainya kerana tidak seswai untuk saya…

1.Debat bertunjangkan prinsip kalah-menang.Yalah, kan debate tu melibatkan argument,iaitu pertentangan dan perselisihan pendapat serta ideologi. Debat ini umpama air dan minyak yang diisi dalam satu bekas;ia tidak sama sekali akan bercampur.Ia tidak sama dengan perbincangan dan perundingan(negotiation) yang lebih cenderung pada konsep menang-menang, kerana kedua-dua pihak mencari jalan sepakat.

2.Debat juga perlukan kekuatan emosi. Pendirian mesti utuh- biarpun berada dalam pihak yang kurang betul@ salah. Biarpun terpaksa menegakkan benang yang basah, kena berhempas pulas jugak! (tak sanggup aku- aku ni emotional skit!)

3.Oleh kerana debat ini cukup memerlukan para debaters untuk mempertikaikan pendirian pihak lawan,jadi saya cukup tak minat dengan hal ni. Dari benda ni terlalu banyak benda negatif lahir hasil dari pertentangan pendirian antara manusia.Sebagai contoh sikap prejudis.

Salah satu pesan Imam Hassan Al-Banna kepada kita ialah supaya kita kurangkan berdebat. Pesanan ini sungguh berharga untuk mengingatkan kita bahawa perhubungan harmoni diantara manusia itu jauh lebih berharga dan bernilai; jikalau dibandingkan dengan  pendapat mereka masing masing…….

Walaubagaimanapun, pada pendapat saya debat cukup memberi manfaat kepada pihak yang betul-betul benar! Dalam debatlah hak perkara dan fakta yang benar perlu dipertahankan-tanpa kompromi dengan pihak yang batil!

Tapi itu kalau debater tu cukup bersungguh-sungguh…! maka, wahai pejuang kebenaran-bersungguh sungguhlah; nescaya Allah bersama kamu!Katakanlah-”hasbunallh wa ni’mal wakil!

Itulah hikmahnya ada debat! Tapi kena tahu bila kita kena berdebat-dan tahu bila kita kena bawa berbincang. Debat hanya bila perlu.Jangan pulak berlainan pendapat kita main pulun je! Kesiankanlah orang yang bagi cadangan tu. Dia bagi pendapat baik-baik, kita ‘tembak’ dia balik sebagai tanda protes! Kesian tau!

Tak pasal-pasal majlis perbincangan jadi majlis ‘tembak-menembak’

Masa majlis perbincangan pulak lain-kalau pendapat anda tidak sehaluan; masa itulah kompromi amat penting. Sabar dan bertolak ansur. Tatkala cadangan tidak diterima cubalah bertoleransi-dan kaji semula pendapat anda.Maybe theres something wrong.Lepas kaji, cuba bentang semula dan cuba menangi hati mereka dengan idea anda.Insya Allah berhasil.

okeyla,chow dulu.

wassalam!

p/s- Cuba teka apa orang kat parlimen tu buat? Of course bukan berbincang kan? Nak kata berdebat mungkinlah…tapi macam tak jugak!

saya ada nama baru untuk ni…sesi ABDAPKS(AKU BETUL DAN AKU PASTIKAN KAU SALAH)

kekekah!

 

Entry Filed under: shouting mind!. .

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Arkib

Label

hanging around...

Tulisan Terbaik

Penulis

Gugusan Kategori

shouting mind! Thinking mouth Uncategorized

Komen terbaru

Laman

Blogroll

 

Jun 2008
I S R K J S A
    Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Kiriman Terbaru

Laman

 

Jun 2008
I S R K J S A
    Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blogroll

Spam Blocked