Moti-moti-moti-moti……

Jun 24, 2008

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pendengar….

betulkah 1 campur 1 jadi 2? bayangkan saya dan ada dan anda ada satu biji epal…dan saya beri epal saya kepada awak dan awak beri epal awak kepada saya.hujung-hujung saya ada satu epal dan anda pun ada satu epal.

tapi cuba pula kita tukar epal itu dengan idea.saya ada satu idea dan anda pun ada satu idea.Dan cuba kita bertukar tukar idea.lastly, saya ada dua idea dan anda pun ada 2 idea.

oleh itu, carilah ramai kawan dan berkawanlah banyak banyak.kongsi idea kamu dengan kawan kamu dan kamu boleh dapat beribu-ribu idea.bukan beribu-ribu lemon…..ya!

renung-renungkan dan selamat beramal!

celoteh prof izzi dalam radio petang tu terasa cambest pulak. macam biasa memang best dari yang biasa.Bagi saya suara minda motivator adalah suatu suara yang amat penting dalam hidup saya.Anda bagaimana pula?

Ringkas tapi mampat.inspiratif dalam konklusi.

best la!

jadi saya syorkan anda supaya yang belum, berjinak-jinaklah dengan celoteh minda motivator nih. Tak payah la tergesa-gesa cari yg dari luar negara. yang Malaysian Made is here. kalau yang dari malaysia tu sudah tentu macam roti canai! Sesway dengan citarasa orang malaysia. Alah…dari rakyat untuk rakyat…sama macam konsep demokrasi tu…?

kalau kita dalami minda motivator, anda memang perasan banyak benda best pasal diorang. benda yang best-best tu pula sebenarnya ada pada diri anda saya.Tapi para motivator belajar dan belajar untuk menjadikannya  menyerlah dalam diri mereka. Dan salah satu tugas mereka ialah berusaha menjadikan benda best tu menyinarkan diri anda dan diri orang yang tak tahu macam mana nak hasilkan sinarnya!

apa pulak benda best tu?

benda best tu memang banyak untuk dibicarakan. tapi salah satunya ialah sikap optimis.keduanya pula bersikap cermin diri.ketiga bersikap menolong diri.keempat sikap….kelima sikap….keenam…sikap…

sikap,sikap,sikap.

itulah salah satu tugas utama Motivator.memperingatkan dan mengubah sikap manusia. memanglah mereka tak mampu ubah seseorang secara bulat-bulat,dan tidaklah mereka mengajar orang ikut telunjuk mereka. Itu semua kuasa ALLAH.mereka hanya berusaha dan mempraktikkan apa yang di pelajari dan belajar untuk memperingatkan orang lain.

Cuba kita selak al-quran balik. jangan lupa nak wuduk pulak! perempuan yang tengah ‘Cuti’ jangan nak pandai pandai pulak-suruh abang,adik atau suami selakkan. Terus jump pergi surah al-asr

mahfumnya-demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian.kecuali orang orang yang berpesan kepada kebenaran dan berpesan pesan pada kesabaran.

malaysians memang dah familiar dengan kalamullah ini.tapi tak semua yang berfikir bila baca benda ni.Rugi tau!

daripada ayat ini, saya rasa para motivator muslim memang sentiasa beruntung! sedar atau tidak, profesion mereka banyak memerlukan mereka untuk belajar memperingati diri dan orang lain,sama seperti yang Allah sarankan. setiap masa kena refresh diri sendiri,dan kalau ada klien dia akan usaha sebaik mungkin untuk refresh klien itu. Setiap dari mereka ada cara yang tersendiri dan memaparkan bagaimana personaliti mereka.

buat masa ni…orang yang saya rasa bagus jadi ikutan ialah Motivator. bukannya dato ini,dato itu,datin ini,datin itu-tapi motivator. bukannya nak membodek, tapi itulah hakikatnya. memang macam tak adil buat pemimpin dan personaliti yang lain-pasal motivator tak macam diorang yang asyik terlibat dengan konflik dan konfrontasi yang memesongkan pandangan orang pada mereka.

dr tuah,prof izzi,dr rubiah,dr syukri  jangan nak kembang pulak ye,,(wakekeke) saya  maksudkan motivator tu bukan setakat kamu saja. tapi kepada sesiapa yang selalu mo-motivatekan diri mereka dan juga orang lain….

setakat ini saja bicara saya…nanti saya sambung lagi!

wassalam!

p/s-terfikir pulak saya….kan bagus setiap motivator tukar tempat dengan pemimpin kat negara kita.motivator belajar jadi pemimpin dengan mendalami bidang tertentu dan pemimpin belajar balik nak memotivasi diri mereka-maksud saya cermin diri mereka.

wakaka!

Entry Filed under: shouting mind!. .

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Arkib

Label

hanging around...

Tulisan Terbaik

Penulis

Gugusan Kategori

shouting mind! Thinking mouth Uncategorized

Komen terbaru

Laman

Blogroll

 

Jun 2008
I S R K J S A
    Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Kiriman Terbaru

Laman

 

Jun 2008
I S R K J S A
    Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blogroll

Spam Blocked