Jganan Trekjeut!(Klauu kmau tak thau la!)

Jun 19, 2008

oatk munisaa aamt uink-klaau adna dpaat bcaa ni syaa bloeh jmain adna bkuan btua hruuf

satu kajian (dah lama dah..)yang dibuat oleh saintis barat(bukan saintis timur..apalagi islam) membuktikan bahawa otak manusia itu cukup hebat. bila cakap pasal otak manusia-ia bermaksud bahawa itu adalah otak aku dan engkau!

sori..kalau kasar skit…

hasil kajian itu menunjukkan bahawa sebanrnya manusia mengenal suatu perkataan itu secara keseluruhannya, what i mean kita sebenarnya bukan menghafal suatu perkataan dengan menghafal apa huruf yang diguna dan susunannya. Tetapi dengan menghafalnya sekaligus!

Hebat..Kan!

jadi tak hairanlah kita masih boleh membaca ungkapan diatas walaupun hurufnya disusun tunggang terbalik ….asalkan huruf awal dan akhir masih ditempat asalnya…

Jadi kalau dah tahu pasal ni..tak payah nak buat-buat terkejut larrr!

-however..kali ni saya tak bermaksud untuk berbicara lebih lanjut tentangnya. tapi saya nak fokus kembali tentang kehebatan kepala otak kita.-bagi saya, otak kitalah yang boleh menjadikan kita mulia dan dengan otaklah kita menjadi terlalu hina.

masa saya kat PLKN dulu, kami sempat belajar tentang Daulat dalam kelas kenegaraan. saya ingat lagi;kelas tu di conduct oleh Cikgu nin, seorang jurulatih PLKN yang masih lagi fresh. kelas kami kiranya kelas pertama dia jugaklah. masa cikgu nin tanya pasal Daulat, kami semua bingung. tak sangka aku yang dah 18 tahun jadi warganegara tak tahu jugak pasal daulat ni. selama ni benda itu hanya ada pada bibir sahajalah.

kata cikgu nin, kalau negara itu kita umpamakan sebagai badan, maka daulat itulah kita kiaskan sebagai Kepala. jadi kalau secara directnya- suatu negara itu jadi hebat, mulia kerana adanya daulat. sama juga dengan badan kita; ia jadi hebat jika kepala yang melekat padanya itu hebat!

kenapa kepala? pasal dalam kepala itu ada OTAK!

maka jagalah kepala kita dengan sebaiknya, bukan digunakan sewenang-wenangnya….pakailah topi keladar bagi melindunginya,anda mampu mengubahnya..(ceh-meleret jadik iklan pulak!)

memang perlindungan fizikal terhadap kepala amat penting sekali, termasuklah dengan memkai topi keledar. yalah, macam mana kita dapat hidup tanpa kepala. tak pernah pulak ada kes manusia tak mati pasal hilang kepala. lainlah yang dah jadi watak kepala terbang yang selalu masuk wayang seram tuh…ehh itu tak ada badan lah…wakakaka)

namun, perlindungan nombor satu bagi kepala ialah perlindungan dari segi mentaliti, rohani dan emosi.semua ini berlaku secara dalaman dah sudah tentu ghaib sama sekali. dalah mustahak bagi kita untuk mengawasi pergerakan input dan output pada otak kita. jika yang termasuk itu racun,(contoh-gambar porno,sifat tercela-mazmumah,maksiat) maka dengan badannya sekali terkena akan racun itu! begitu juga dengan yang sebaliknya. maka, hargai lah otak anda….dengan bersyukur pada yang menciptanya.

 

wakaka….aku dah ngantuk ni..otak pun dah slow…wakaka

 

wassalam

Entry Filed under: Uncategorized. .

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Arkib

Label

hanging around...

Tulisan Terbaik

Penulis

Gugusan Kategori

shouting mind! Thinking mouth Uncategorized

Komen terbaru

Laman

Blogroll

 

Jun 2008
I S R K J S A
    Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Kiriman Terbaru

Laman

 

Jun 2008
I S R K J S A
    Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blogroll

Spam Blocked