tragedi 16 mei

Jun 17, 2008

boleh jadi apa yang kamu suka itu  baik bagi kamu dan sebaliknya, begitu juga yang kamu tidak suka-ia boleh memanfaatkan kamu dan juga memudaratkanmu

ini adalah mahfum dari dalah satu ayat dalam surah al-baqarah kalau tak silap ayat 216 gitu(betulkan jika saya silap)

tiba-tiba terkenang kembali saat hari kebangsaan tiba semasa saya berada tingkatan satu. ketika itu sedang duduk di dalam dewan sekolah sewaktu raptai sambutan hari kebangsaan dijalankan. ketika berborak borak, terlihat pula saya satu wajah yang unfamiliar, almaklumlah waktu tu pun baru tiga bulan masuk ke sekolah itu.

wajah macam mana?

seorang perempuan yang kelihatan dalam lingkungan 30 tahun-itu biasa

berskirt labuh-biasa juga

nampak macam biasa saja, tapi entahlah tiba tiba terasa menyampah. mungkin kerana saya lihat dia mengarah beberapa orang lelaki memasang kain rentang warna ungu berkilat pada siling pentas.  agak luar biasa sikit.tapi yang luar biasa nya  suaranya yang tegas lagi lantang. hampir separuh dewan sekolah itu menumpukan perhatian padanya, tapi dia buat tak tau.

pandangan pertama saya ialah-sombongnya perempuan ni, tak nampak macam cikgu(pasal majoriti guru perempuan di sekolah bertudung-ni pulak tidak) tapi mengarah lebih-lebih pulak

 

dengan subang besarnya dia pergi begitu saja. apalagi, saya buka forum umpat mengumpat dengan rakan lain lah!(maklum lah..bebudak)

masa berlalu..hajung tahun tiba dan saya pelajar baru diwajibkan menghambil satu matapelajaran bahasa asing. berdebar debar juga rasanya kerana tidak sabar hendak belajar bahasa jepun dari sensei.dub dab dub dab.

debaran pula tiba tiba bertukar dengan air mata, saya kecewa tak dapat mengikuti kelas bahasa jepun! sensei di sekolah rupanya tak mencukupi untuk membuat kelas baru.kecewa yang amat sahaja yang dapat saya bayangkan pada masa itu.impianku untuk belajar bahasa itu berkecai sama sekali!akhirnya saya tiada pilihan lain -selain mengikuti kelas bahasa perancis. maka satu temuduga diadakan.

rupa rupanya kami merupakan batch pertama yang didedahkan bahasa perancis!tapi ia tidak menarik minat saya untuk mendalaminya. dah tak ada pilihan lain…terpaksalah!

sudah lama kami menunggu di bilik temuduga itu..tiba tiba satu wajah menjengah di muka pintu.

senyap.

“semua pelajar dah datang ya, boleh kita mula sekarang?”wajah yang dikenali itu bersuara. terkejut beruk saya dibuatnya. bukan kerana kehadirannya memeranjat,tapi dialah yang saya umpat umpat sejak saya lihat wajahnya.ayyyoyo!

rupanya, perempuann itulah guru bahasa perancis saya.tak sangka pula saya semuanya sudah jadi begini.sejak saya belajar padanya saya mula mengenalinya lebih dalam, walaupun secara perlahan-lahan sehinggalah sampai genap 2 tahun.dia seorang graduan dari universiti di perancis dalam bidang seni. rupa rupanya dia orang islam….terkejut jugak saya kerana imejnya tidak melambangkan identitinya.berskirt labuh pada setiap hari membuatkan dia menjadi bahan cerita di sekolah. dengar dengar pun ustad ada tegur dia, tapi tak tahu pula perkembanganya…

dari dia juga saya telah belajar menyebut nama gam UHU dengan betul.yooohooo! bukan U.H.U! katanya.

saya tidak suka meniru dan saya juga tidak suka ditiru oleh orang lain!

itu salah satu kata-katanya yang saya tak mampu untuk lupa hari ini.

mungkin pembaca dapat bayangkan apa yang saya rasa terhadap cikgu saya ini.saya memang tabik spring dengannya.  subhanallah..tak tahu bagaimana perasaan benci bertukar menjadi sayang …hinggakan sukar untuk melepaskan pandangan pada pintu kereta yang dinaikinya ketika dia berpindah dahulu…

 

eii? apa kaitannya dengan  16 mei?

Entry Filed under: Uncategorized. .

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Arkib

Label

hanging around...

Tulisan Terbaik

Penulis

Gugusan Kategori

shouting mind! Thinking mouth Uncategorized

Komen terbaru

Laman

Blogroll

 

Jun 2008
I S R K J S A
    Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Kiriman Terbaru

Laman

 

Jun 2008
I S R K J S A
    Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blogroll

Spam Blocked