Archive for Jun 2008
Bawalah berbincang…
Pagi-pagi mengangkat pukat,
Pukat diangkat sampai ke Sentul,
Aku debat engkau pun debat,
Sampai tak tahu siapa yang betul.
—————————
Makan kari dan cili giling,
Bertambah enak dengan ikan yang garing,
Aku bising engkau pun bising,
Aku diam engkau lagilah bising.
Maaflah, pantun tak berapa cantik; maklumlah cuma pantun rojak. Tapi, rojak rojak pun mengena jugak ye…(wekekeke..)
Mungkin itu saja mukadimah ringkasnya. Tapi saya pasti pembaca mampu menangkap topik kali ini. Tentang berdebatlah, apa lagi….
Pernahkah anda berdebat? Saya yakin ya- tak kiralah debat yang formal atau tidak formal. Tapi prinsipnya sama iaitu menegakkan pandangan dari diri sendiri dan membuktikan pendapat diri sendiri lebih baik berbanding orang lain.Macam tu kan?
Secara peribadinya saya memang benci untuk berdebat. Honestly,saya tidak ada otak dan mulut yang cukup hebat untuk berdebat. Otak saya tidak cukup tangkas untuk melihat kelemahan idea orang lain. Maka secara formal atau tidak formalnya memang saya kalah kalau dibawa berdebat.Tapi itu bukan sebab utama mengapa saya benci debat. Mungkin falsafah disebalik debatlah yang mempengaruhi saya untuk kurang menyukainya kerana tidak seswai untuk saya…
1.Debat bertunjangkan prinsip kalah-menang.Yalah, kan debate tu melibatkan argument,iaitu pertentangan dan perselisihan pendapat serta ideologi. Debat ini umpama air dan minyak yang diisi dalam satu bekas;ia tidak sama sekali akan bercampur.Ia tidak sama dengan perbincangan dan perundingan(negotiation) yang lebih cenderung pada konsep menang-menang, kerana kedua-dua pihak mencari jalan sepakat.
2.Debat juga perlukan kekuatan emosi. Pendirian mesti utuh- biarpun berada dalam pihak yang kurang betul@ salah. Biarpun terpaksa menegakkan benang yang basah, kena berhempas pulas jugak! (tak sanggup aku- aku ni emotional skit!)
3.Oleh kerana debat ini cukup memerlukan para debaters untuk mempertikaikan pendirian pihak lawan,jadi saya cukup tak minat dengan hal ni. Dari benda ni terlalu banyak benda negatif lahir hasil dari pertentangan pendirian antara manusia.Sebagai contoh sikap prejudis.
Salah satu pesan Imam Hassan Al-Banna kepada kita ialah supaya kita kurangkan berdebat. Pesanan ini sungguh berharga untuk mengingatkan kita bahawa perhubungan harmoni diantara manusia itu jauh lebih berharga dan bernilai; jikalau dibandingkan dengan pendapat mereka masing masing…….
Walaubagaimanapun, pada pendapat saya debat cukup memberi manfaat kepada pihak yang betul-betul benar! Dalam debatlah hak perkara dan fakta yang benar perlu dipertahankan-tanpa kompromi dengan pihak yang batil!
Tapi itu kalau debater tu cukup bersungguh-sungguh…! maka, wahai pejuang kebenaran-bersungguh sungguhlah; nescaya Allah bersama kamu!Katakanlah-”hasbunallh wa ni’mal wakil!
Itulah hikmahnya ada debat! Tapi kena tahu bila kita kena berdebat-dan tahu bila kita kena bawa berbincang. Debat hanya bila perlu.Jangan pulak berlainan pendapat kita main pulun je! Kesiankanlah orang yang bagi cadangan tu. Dia bagi pendapat baik-baik, kita ‘tembak’ dia balik sebagai tanda protes! Kesian tau!
Tak pasal-pasal majlis perbincangan jadi majlis ‘tembak-menembak’
Masa majlis perbincangan pulak lain-kalau pendapat anda tidak sehaluan; masa itulah kompromi amat penting. Sabar dan bertolak ansur. Tatkala cadangan tidak diterima cubalah bertoleransi-dan kaji semula pendapat anda.Maybe theres something wrong.Lepas kaji, cuba bentang semula dan cuba menangi hati mereka dengan idea anda.Insya Allah berhasil.
okeyla,chow dulu.
wassalam!
p/s- Cuba teka apa orang kat parlimen tu buat? Of course bukan berbincang kan? Nak kata berdebat mungkinlah…tapi macam tak jugak!
saya ada nama baru untuk ni…sesi ABDAPKS(AKU BETUL DAN AKU PASTIKAN KAU SALAH)
kekekah!
Add comment Jun 25, 2008
Entahlah datuk-datin….
Salam!
Amacam? Hari ni ok tak? Kalau tak..jangan bimbang!
esok kan ada!
Tapi hari ni rasanya diri amat tak selesa. Maklumlah-sabtu ni nak pergi KL dah…nak pergi lapor diri kat universiti. Jadi lepas ni susah sikit nak buat post baru untuk blog ni, yalah kan nak ambil masa untuk belajar.
Sesekali kemelut politik negara bermain dalam kepala saya ni. Entahlah kenapa. Mungkin pasal saya terpandang akan website malaysiakini. Nampaknya semua mata media sekarang tertumpu rapat dengan krisis yang berlaku antara pemimpin kita.Dah tugas dia. Bila begitulah jadinya, mata rakyat pun sibuk dengan perkara yang sama-tengok apa yang betul dan salah tentang pemimpin. Pro dan protes . Anti menganti. Puji memuji.
Maki memaki pun ada.
Tapi- frankly saya nak kata, saya tak tertarik sangat dengan kemelut ni. Naik muak saya nak tengok- muak, pasal bagi saya senario semasa tak menunjukkan yang pemimpin kita mencari jalan penyelesaian untuk masalah ni.
Masalah apa? Masalah rakyat yang tak sedar diri tu rakyat!
Kenapa? Banyak pemimpin sekarang sibuk dengan masalah mereka sendiri. Badan mereka sendiri-bukan fikir pasal rakyat. Untuk lebih jelas-mereka seolah olah sibuk baiki pakaian diaorang; kain yang terjatuh dinaikkan, seluar yang terlondeh dibetulkan,macam macamlah!
Tapi tak adalah Datin-Datin yang tertentu naik baiki tudung joyah-jambul diaorang!
wakaekekekeh!
Yalah, betul kan! Saya tak ajukan pada mana-mana pihak…tapi bagi yang terasa saya nak bagi tahu awal-awal-no sorry beb. Lebih baik kamu minta maaf dengan diri; pasal kamu tak pandai jaga diri!
oop..terkasar pulak..jangan bimbang, saya tak mengundi lagi pun, belum cukup umur!
Berbalik pada apa yang dibincangkan tadi, pada pendapat saya senario sekarang cukup banyak kesannya. Positifnya; suasana menjadi lebih telus bagi rakyat untuk memilih yang manakah pemimpin terbaik-yalah yang selama ini duduk atas kerusi tu pun dah pecah tembelangnya,kan. Itu salah satunya, yang lain tu fikirkanlah sendiri.
Tapi, sedar tak sedar senario ini pun ada buruknya? Pemimpin sibuk-sibuk mencari populariti, membaiki populariti dan menaikkan populariti-ada yang bertujuan murni dan ada yang tak,macam biasa. Jadi rakyat pun sibuk melihat gerak geri mereka-yang mana satu pilihan hati. Suasana ini dihangatkan lagi dengan kehadiran media.
Memanglah kita sebagai rakyat bertanggungjawab sebagai pemilih, dan memilih! Kita kena bersepakat untuk pilih mana satu pemimpin yang betul jalannya Tapi setakat memilih sahaja tidak cukup! Being a citizen does not mean you only have to choose the right leader! Its more than that!
Maka dalam senario ini tenggelamlah minda rakyat dalam satu mode tunggal- iaitu mode memilih.Pilih pilih pilih. Mereka sibuk nak pilih sampai fikir negara terbina hasilnya daripada usaha memilih pemimpin yang betul sahaja, yang menjadi pilihan majoriti- cetek pemikiran sebegitu! Bukannya semua lah, tapi sebahagian besar memang begitu.
Sebenarnya, kalau diamati betul-betul masalah ini dah berlanjutan sejak gelanggang politik di negara kita dah mulai aktif pada suatu ketika dahulu. Pada masa ni, pemimpin tidak lagi berjuang seperti pemimpin dahulu yang berhempas pulas untuk mendapat kemerdekaan, tetapi lebih kepada memperjuangkan misi pembangunan. Jadi ramai yang mencebur diri dalam bidang politik untuk meyakinkan rakyat merekalah yang mampu membangunkan Malaysia. Caranya- demokrasi.
Dari rakyat untuk rakyat, kepada rakyat,oleh rakyat…..macam tulah lebih kurang.
Cara ni memang nampak best, cukup kuat untuk mengukuhkah perpaduan rakyat melalui persepakatan majoriti. Kedaulatan negara lebih terpelihara dari pihak luar(rasanya lah..)
namun…daripada demokrasi yang dibanggakan ni timbul satu sindrom dalam kebanyakan minda rakyat. Apabila puas hati dengan pemimpin mereka, dan pemimpin mereka sedaya upaya terus menerus cuba memuaskan hati mereka, rakyat pun jadi malas. Bukan masalah malas kerja(walaupun mungkin ya) tapi malas memikirkan kerakyatan mereka dari kaca mata patriotik.
Ini bukan celoteh sempena hari kemerdekaan,lagipun bulan ogos lama lagi. Tapi beginilah hakikat sebenarnya menjadi seorang rakyat- sedar akan tanggungjawab masing-masing. Bukan setakat mengadu dengan kerajaan bila ada masalah. Bukan setakat mogok bila harga minyak naik(ini tak patut wokey…). Bukan setakat riuh macam parlimen tu…dan panjangkan perbincangan di warung mamak atau kedai kopi.
Ataupun pokoknya, kepala otak rakyat kita dipasak dengan ideologi seorang pak turut, menjadi ekor lembu yang sibuk mengibas-ngibas untuk menghalau lalat yang hinggap. Tak ada potensi untuk menjadi pemimpin yang diikut! Apa ,mereka fikir pemimpin hari ini akan terus stabil kedudukannya pada hari esok? who knows tiba-tiba jatuh ditimpa dek tangga, binasa satu negara! Satu negara terus goncang kerana tiada rakyat yang nak bangkit nak mewakili kebenaran. Yang ada cuma riuh rendah dalam menunggu siapa yang menggantikan kerusi pemimpin tersebut!
Beginilah krisis kepimpinan yang perlu diambil berat oleh kita sebagai rakyat.Tapi majoriti rakyat berfikir bahawa rakyat tu rakyatlah, pemimpin tu pemimpinlah-lain dengan rakyat.Itu SALAH! Ingat, tanpa rakyat siapalah pemimpin- kerana tanpa rakyat tak lahirlah pemimpin dari kalangan mereka!
Jangan salah faham! Fahami kata-kata saya dari sudut positif. Bukannya saya nak ajak semua rakyat bersuara lantang dalam pilihanraya-menjadi tidak sehaluan. Being a leader doesnt mean you grab a chair at the parliament!
Namun saya ingin menunjukkan keyakinan saya bahawa jika setiap rakyat bertindak seperti pemimpin yang positif dan sentiasa dikelilingi oleh nilai murni setiap pemimpin, nescaya satu hari nanti secara automatic wujud satu kepimpinan rakyat yang tulen dan adil. Bukan pakatan yang berbau politik semata-mata! Rakyat yang mewakili rakyat.Bukannya menjadi pemimpin yang lupa dirinya itu rakyat-yang menjadi sebab utama kemungkaran bersepah-sepah di keliling pinggang mereka!
(Alah- ramai pemimpin bercakap yang dia berjiwa rakyat-tapi cakap tak serupa bikin!)
Begitu juga bagi rakyat yang sudi mengorbankan diri menyokong pemimpi yang memperjuangkan kebenaran-negara kita perlukan kamu!!
Melihatkan keadaan sekarang rakyat nyaris-nyaris seperti anak yang belum bercerai susu yang ditinggalkan ibunya…cubalah bayangkan.
Entahlah datuk datin, tapi itulah luahan saya sebagai rakyat. Mungkin fenomena sekarang memaksa saya berfikir begini. Mungkin itulah hikmah disebalik riuh rendah pentas kepimpinan hari ini.
alahai!
Wassalam!
Add comment Jun 25, 2008
Moti-moti-moti-moti……
assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pendengar….
betulkah 1 campur 1 jadi 2? bayangkan saya dan ada dan anda ada satu biji epal…dan saya beri epal saya kepada awak dan awak beri epal awak kepada saya.hujung-hujung saya ada satu epal dan anda pun ada satu epal.
tapi cuba pula kita tukar epal itu dengan idea.saya ada satu idea dan anda pun ada satu idea.Dan cuba kita bertukar tukar idea.lastly, saya ada dua idea dan anda pun ada 2 idea.
oleh itu, carilah ramai kawan dan berkawanlah banyak banyak.kongsi idea kamu dengan kawan kamu dan kamu boleh dapat beribu-ribu idea.bukan beribu-ribu lemon…..ya!
renung-renungkan dan selamat beramal!
celoteh prof izzi dalam radio petang tu terasa cambest pulak. macam biasa memang best dari yang biasa.Bagi saya suara minda motivator adalah suatu suara yang amat penting dalam hidup saya.Anda bagaimana pula?
Ringkas tapi mampat.inspiratif dalam konklusi.
best la!
jadi saya syorkan anda supaya yang belum, berjinak-jinaklah dengan celoteh minda motivator nih. Tak payah la tergesa-gesa cari yg dari luar negara. yang Malaysian Made is here. kalau yang dari malaysia tu sudah tentu macam roti canai! Sesway dengan citarasa orang malaysia. Alah…dari rakyat untuk rakyat…sama macam konsep demokrasi tu…?
kalau kita dalami minda motivator, anda memang perasan banyak benda best pasal diorang. benda yang best-best tu pula sebenarnya ada pada diri anda saya.Tapi para motivator belajar dan belajar untuk menjadikannya menyerlah dalam diri mereka. Dan salah satu tugas mereka ialah berusaha menjadikan benda best tu menyinarkan diri anda dan diri orang yang tak tahu macam mana nak hasilkan sinarnya!
apa pulak benda best tu?
benda best tu memang banyak untuk dibicarakan. tapi salah satunya ialah sikap optimis.keduanya pula bersikap cermin diri.ketiga bersikap menolong diri.keempat sikap….kelima sikap….keenam…sikap…
sikap,sikap,sikap.
itulah salah satu tugas utama Motivator.memperingatkan dan mengubah sikap manusia. memanglah mereka tak mampu ubah seseorang secara bulat-bulat,dan tidaklah mereka mengajar orang ikut telunjuk mereka. Itu semua kuasa ALLAH.mereka hanya berusaha dan mempraktikkan apa yang di pelajari dan belajar untuk memperingatkan orang lain.
Cuba kita selak al-quran balik. jangan lupa nak wuduk pulak! perempuan yang tengah ‘Cuti’ jangan nak pandai pandai pulak-suruh abang,adik atau suami selakkan. Terus jump pergi surah al-asr
mahfumnya-demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian.kecuali orang orang yang berpesan kepada kebenaran dan berpesan pesan pada kesabaran.
malaysians memang dah familiar dengan kalamullah ini.tapi tak semua yang berfikir bila baca benda ni.Rugi tau!
daripada ayat ini, saya rasa para motivator muslim memang sentiasa beruntung! sedar atau tidak, profesion mereka banyak memerlukan mereka untuk belajar memperingati diri dan orang lain,sama seperti yang Allah sarankan. setiap masa kena refresh diri sendiri,dan kalau ada klien dia akan usaha sebaik mungkin untuk refresh klien itu. Setiap dari mereka ada cara yang tersendiri dan memaparkan bagaimana personaliti mereka.
buat masa ni…orang yang saya rasa bagus jadi ikutan ialah Motivator. bukannya dato ini,dato itu,datin ini,datin itu-tapi motivator. bukannya nak membodek, tapi itulah hakikatnya. memang macam tak adil buat pemimpin dan personaliti yang lain-pasal motivator tak macam diorang yang asyik terlibat dengan konflik dan konfrontasi yang memesongkan pandangan orang pada mereka.
dr tuah,prof izzi,dr rubiah,dr syukri jangan nak kembang pulak ye,,(wakekeke) saya maksudkan motivator tu bukan setakat kamu saja. tapi kepada sesiapa yang selalu mo-motivatekan diri mereka dan juga orang lain….
setakat ini saja bicara saya…nanti saya sambung lagi!
wassalam!
p/s-terfikir pulak saya….kan bagus setiap motivator tukar tempat dengan pemimpin kat negara kita.motivator belajar jadi pemimpin dengan mendalami bidang tertentu dan pemimpin belajar balik nak memotivasi diri mereka-maksud saya cermin diri mereka.
wakaka!
Add comment Jun 24, 2008
Malaysian dirty jokes made Clean!
Penatnya…! nampaknya perjalanan kali pertama ke perak cukup melenguhkan badan! walaupun jarak di antara negeri sembilan dan destinasi kami tidaklah sejauh seperti yang pernah dilalui antara Lahad datu dan Kota kinabalu, tapi penatnya lebih terasa. nak katakan jalannya terlalu bengkang bengkok; tidak juga.Pelik.
kali ni perjalanan kami sekeluarga tidaklah menggunakan kereta persendirian, tapi dengan bas sewa. Kata ayah, naik bas lagi seronok-dapat berborak dengan kawan sepejabat. maklumlah, sama-sama pergi untuk hari keluarga.
nak dipendekkan cerita, apabila tayar mula berputar dua panel LCD pada siling bas itu terbuka. semua mata tertumpu padanya, jenamanya samsung. mulalah si samsung ni menayangkan cerita melayu…alah…Cerita duyung. dalam sedekad ni takda pulak saya tengok cerita melayu berkisarkan kisah duyung. tapi dah agak dah-asalkan cerita melayu mesti ada lawaknya.
lawak sana…lawak sini…lawak situ sana sini…..
best tu…best jugak. tapi adalah rasa boring sikit. maklumlah cerita melayu, tak lari genre komedi ntah apa-apa ntah. sebahagian ada lawak bijak, tapi sebahagian bodoh. sorilah, kasar sikit. tapi frankly, saya katakan ia bodoh pasal ia kurang membina. yang saya ingat- lampin pakai buang boleh mangakibatkan keguguran(tak tahulah ia fakta,tapi bunyinya lawak jugak…kah kah…tanggal gusi aku.)\\
saya taklah ingin bersikap memprotes producers yang menghasilkan filem-filem macam ni. saya tak katakan hasil seni seperti ini tidak bermutu, tapi bagi saya sudah tiba masa producer menghasilkan movie yang baru yang lebih membina.
sudahlah tu….kurangkanlah idea lawak-lawak tu ….idea babak cintan-cintun….saya dah bosan..tau! kalau nak hasilkan filem nanti, saya harap jadikannya lebih berfakta, lebih serius. saya rasa malas dah nak tengok cerita hero….tapi majoriti babaknya lawak. jadi layakkah cerita ini dipanggil cerita hero….macam Batman atau catwoman….
saya rasa tak sepenuhnya ya…
saya faham, kebanyakan filem-filem melayu tu dibuat ikut selera orang melayu…tapi ketahuilah Prof-prof, datuk-datuk,encik-encik producer…..selera yang kamu fikir itu amat teruk!!!!! cuba tengok cerita Anak mami…tak kisahlah keberapa pun. mata penonton dijamu dengan babak umpat-mengumpat ,tapi untuk menjadikannya nampak ‘Cantik’ dan ‘lawak’….maka dimasukkanlah dialog yang kelakar….jadi orang yang tengok pun rasa tak mengapa jika kita mengumpat…..
cuba pulak kita tengok satu lagi cerita melayu ni.macam biasanya, lawak juga. tapi saya berani cakap orang putih boleh kata cerita ini ada Dirty Jokes, tapi taklah sedirty jokes mereka. tapi kotor tetap kotor! babak yang dirty tu ditunjukkan ketika hero lawak tu memilih calon isteri kedua-datanglah seorang perempuan yang memperagakan tubuhnya, menunjukkan betisnya yang licin…..etc.
tapi bijak jugak producer ni, dengan idea yang bernas…dia menjadikan babak itu lawak apabila si hero dan pembantunya tunjuk geli geleman bila perempuan tu ada dipangkuannya.Lawak!
Bijak!bijak! see…in Malaysia dirty jokes are made Clean!
kalau begitu lebih bagus terus jadikannya filem porno!
dekat bangku selang empat baris dihadapan saya, seorang budak perempuan lima tahun duduk. sama tergelak macam saya, tapi dia tak sedar babak tu cukup mengotorkan matanya yang masih muda.
Prof-prof, datuk-datuk,encik-encik producer….sedarkah kamu sudahpun menganiayai budak itu? mungkin kamu akan kata ,”tak kisah…asalkan duit masuk poket aku..” tapi fikirlah sekali lagi jika anak kamu juga menontonnya, tak kisahlah yang dah besar pun. tak mustahil dia akan ikut lagak pelakon itu.suka tak!?
sori…emotional skit…tapi begitulah hakikatnya yang perlu disedari.
Prof-prof, datuk-datuk,encik-encik producer, i know you can read me because i know youre purely educated. but i beg to ALL of you, use your power and ability in art properly. control your artistic skill and dont let it contaminated with bad culture. most of you forgot on yourself when producing movies-same as how the the actors forgot on themselves when theyre on scenes.
jangan fikir pasal duit dan untung sahaja! kalau begitu lebih baik kamu berhenti…tak layak jadi producer!
Prof-prof, datuk-datuk,encik-encik producer yang saya kasihi, media has it’s very own strong influence in Malaysia, and one of them is Movie. Movies is the season of malaysians eye. and every scences captured creates the mentality of malaysians.
jadi ia bermaksud para producers mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mereka mentaliti rakyat malaysia.jadi taubatlah wahai pejuang seni yang terlajak jalan..Allah tidak mengaharamkan seni bagi kamu, tapi kamu lah yang mengotori seni itu…taubatlah….allah itu maha pegampun…!
p/s-sori, saya kata tadi tak nak memprotes, tapi rasanya kena buat jugak! Kalau tak rasanya tak cukup lantang suara muda saya ni…:p
wassalam!
Add comment Jun 23, 2008
Jganan Trekjeut!(Klauu kmau tak thau la!)
oatk munisaa aamt uink-klaau adna dpaat bcaa ni syaa bloeh jmain adna bkuan btua hruuf
satu kajian (dah lama dah..)yang dibuat oleh saintis barat(bukan saintis timur..apalagi islam) membuktikan bahawa otak manusia itu cukup hebat. bila cakap pasal otak manusia-ia bermaksud bahawa itu adalah otak aku dan engkau!
sori..kalau kasar skit…
hasil kajian itu menunjukkan bahawa sebanrnya manusia mengenal suatu perkataan itu secara keseluruhannya, what i mean kita sebenarnya bukan menghafal suatu perkataan dengan menghafal apa huruf yang diguna dan susunannya. Tetapi dengan menghafalnya sekaligus!
Hebat..Kan!
jadi tak hairanlah kita masih boleh membaca ungkapan diatas walaupun hurufnya disusun tunggang terbalik ….asalkan huruf awal dan akhir masih ditempat asalnya…
Jadi kalau dah tahu pasal ni..tak payah nak buat-buat terkejut larrr!
-however..kali ni saya tak bermaksud untuk berbicara lebih lanjut tentangnya. tapi saya nak fokus kembali tentang kehebatan kepala otak kita.-bagi saya, otak kitalah yang boleh menjadikan kita mulia dan dengan otaklah kita menjadi terlalu hina.
masa saya kat PLKN dulu, kami sempat belajar tentang Daulat dalam kelas kenegaraan. saya ingat lagi;kelas tu di conduct oleh Cikgu nin, seorang jurulatih PLKN yang masih lagi fresh. kelas kami kiranya kelas pertama dia jugaklah. masa cikgu nin tanya pasal Daulat, kami semua bingung. tak sangka aku yang dah 18 tahun jadi warganegara tak tahu jugak pasal daulat ni. selama ni benda itu hanya ada pada bibir sahajalah.
kata cikgu nin, kalau negara itu kita umpamakan sebagai badan, maka daulat itulah kita kiaskan sebagai Kepala. jadi kalau secara directnya- suatu negara itu jadi hebat, mulia kerana adanya daulat. sama juga dengan badan kita; ia jadi hebat jika kepala yang melekat padanya itu hebat!
kenapa kepala? pasal dalam kepala itu ada OTAK!
maka jagalah kepala kita dengan sebaiknya, bukan digunakan sewenang-wenangnya….pakailah topi keladar bagi melindunginya,anda mampu mengubahnya..(ceh-meleret jadik iklan pulak!)
memang perlindungan fizikal terhadap kepala amat penting sekali, termasuklah dengan memkai topi keledar. yalah, macam mana kita dapat hidup tanpa kepala. tak pernah pulak ada kes manusia tak mati pasal hilang kepala. lainlah yang dah jadi watak kepala terbang yang selalu masuk wayang seram tuh…ehh itu tak ada badan lah…wakakaka)
namun, perlindungan nombor satu bagi kepala ialah perlindungan dari segi mentaliti, rohani dan emosi.semua ini berlaku secara dalaman dah sudah tentu ghaib sama sekali. dalah mustahak bagi kita untuk mengawasi pergerakan input dan output pada otak kita. jika yang termasuk itu racun,(contoh-gambar porno,sifat tercela-mazmumah,maksiat) maka dengan badannya sekali terkena akan racun itu! begitu juga dengan yang sebaliknya. maka, hargai lah otak anda….dengan bersyukur pada yang menciptanya.
wakaka….aku dah ngantuk ni..otak pun dah slow…wakaka
wassalam
Add comment Jun 19, 2008
tragedi 16 mei
boleh jadi apa yang kamu suka itu baik bagi kamu dan sebaliknya, begitu juga yang kamu tidak suka-ia boleh memanfaatkan kamu dan juga memudaratkanmu
ini adalah mahfum dari dalah satu ayat dalam surah al-baqarah kalau tak silap ayat 216 gitu(betulkan jika saya silap)
tiba-tiba terkenang kembali saat hari kebangsaan tiba semasa saya berada tingkatan satu. ketika itu sedang duduk di dalam dewan sekolah sewaktu raptai sambutan hari kebangsaan dijalankan. ketika berborak borak, terlihat pula saya satu wajah yang unfamiliar, almaklumlah waktu tu pun baru tiga bulan masuk ke sekolah itu.
wajah macam mana?
seorang perempuan yang kelihatan dalam lingkungan 30 tahun-itu biasa
berskirt labuh-biasa juga
nampak macam biasa saja, tapi entahlah tiba tiba terasa menyampah. mungkin kerana saya lihat dia mengarah beberapa orang lelaki memasang kain rentang warna ungu berkilat pada siling pentas. agak luar biasa sikit.tapi yang luar biasa nya suaranya yang tegas lagi lantang. hampir separuh dewan sekolah itu menumpukan perhatian padanya, tapi dia buat tak tau.
pandangan pertama saya ialah-sombongnya perempuan ni, tak nampak macam cikgu(pasal majoriti guru perempuan di sekolah bertudung-ni pulak tidak) tapi mengarah lebih-lebih pulak
dengan subang besarnya dia pergi begitu saja. apalagi, saya buka forum umpat mengumpat dengan rakan lain lah!(maklum lah..bebudak)
masa berlalu..hajung tahun tiba dan saya pelajar baru diwajibkan menghambil satu matapelajaran bahasa asing. berdebar debar juga rasanya kerana tidak sabar hendak belajar bahasa jepun dari sensei.dub dab dub dab.
debaran pula tiba tiba bertukar dengan air mata, saya kecewa tak dapat mengikuti kelas bahasa jepun! sensei di sekolah rupanya tak mencukupi untuk membuat kelas baru.kecewa yang amat sahaja yang dapat saya bayangkan pada masa itu.impianku untuk belajar bahasa itu berkecai sama sekali!akhirnya saya tiada pilihan lain -selain mengikuti kelas bahasa perancis. maka satu temuduga diadakan.
rupa rupanya kami merupakan batch pertama yang didedahkan bahasa perancis!tapi ia tidak menarik minat saya untuk mendalaminya. dah tak ada pilihan lain…terpaksalah!
sudah lama kami menunggu di bilik temuduga itu..tiba tiba satu wajah menjengah di muka pintu.
senyap.
“semua pelajar dah datang ya, boleh kita mula sekarang?”wajah yang dikenali itu bersuara. terkejut beruk saya dibuatnya. bukan kerana kehadirannya memeranjat,tapi dialah yang saya umpat umpat sejak saya lihat wajahnya.ayyyoyo!
rupanya, perempuann itulah guru bahasa perancis saya.tak sangka pula saya semuanya sudah jadi begini.sejak saya belajar padanya saya mula mengenalinya lebih dalam, walaupun secara perlahan-lahan sehinggalah sampai genap 2 tahun.dia seorang graduan dari universiti di perancis dalam bidang seni. rupa rupanya dia orang islam….terkejut jugak saya kerana imejnya tidak melambangkan identitinya.berskirt labuh pada setiap hari membuatkan dia menjadi bahan cerita di sekolah. dengar dengar pun ustad ada tegur dia, tapi tak tahu pula perkembanganya…
dari dia juga saya telah belajar menyebut nama gam UHU dengan betul.yooohooo! bukan U.H.U! katanya.
saya tidak suka meniru dan saya juga tidak suka ditiru oleh orang lain!
itu salah satu kata-katanya yang saya tak mampu untuk lupa hari ini.
mungkin pembaca dapat bayangkan apa yang saya rasa terhadap cikgu saya ini.saya memang tabik spring dengannya. subhanallah..tak tahu bagaimana perasaan benci bertukar menjadi sayang …hinggakan sukar untuk melepaskan pandangan pada pintu kereta yang dinaikinya ketika dia berpindah dahulu…
eii? apa kaitannya dengan 16 mei?
Add comment Jun 17, 2008
warkah
waalaikumsalam w.wt ya akhi…
terima kasih dengan maklumat ini, semoga ALLAH azza wajalla mempermudahkan lagi pertemuan kita dalam gelanggang ukhuwah yang penuh dengan dugaan ini.
ya..saya akui memang lama juga tidak mendegar khabar dari akhi…terasa sunyi sekejap pula peti emel ini dari khabar akhi…
tapi ALLAH berkali-kali menjelaskan dalam kitabnya..bahawa kita anak adam tidak sepi dari melakukan kesilapan. Semoga kita sentiasa dalam pengampunanya.
saya disini OK saja..di negeri sembilan sekarang. sekarang sedang menanti keputusan UPU(tak tahulah tercampak di universiti mana).minggu lalu saya gagal untuk terpilih melanjutkan pelajaran di indonesia dalam bidang perubatan…huhu sedihnya.
tapi ketentuan ALLAH itu lebih baik mahunya,
walaubagaimanapun, hari hari disini terasa sunyinya tanpa sahabat di sisi. maklumlah keluarga saya pun baru dua tahun lebih disini jadi tidak banyak yang saya kenal. Bukan terniat untuk menjadi kera sumbang tapi keadaan yang tidak membenarkan. kebanyakan remaja disini terjebak dengan kerosakan. Jalan di depan laman tak sunyi dengan bunyi deruman motosikal mat rempit.
tapi saya sedar
ini silap saya juga kerana tidak cuba mendekati mereka, tidak membetulkan jalan mereka agar mereka sedar akan silap mereka.
Ya Allah..berilah kami kekuatan.berikanlah kami hati yang utuh dalam mengingatimu dan memperingati hambamu yang lain.sinarilah hati kami dengan cahaya yang bakal memandu kami dalam dunia yang semakin kotor ini.
buat itu sahaja bingkisan kali ini…semoga rahmat allah mengiringi kita
“hasbunallah wa ni’mal wakil!”
assalamualaikum w.w.t..
p/s-ya akhi…mengenai jadual pertemuan tu…boleh tak sesi pada malam jumaat itu dipindahkan ke hari lain atau dilewatkan sedikit pada jam 9.15.ini disebabkan pada jam 8 di sini(semenanjung malaysia) adalah waktu diantara maghrib dan isyak..jadi berkemungkinan besar pada malam jumaat ada aktiviti di masjid
wassalam!
Add comment Jun 17, 2008
THINK LAH!!!!!!!!!
hai!
hello!
assalamualaikum!
have you start thinking today? if yes, prove it! think on the things you already thinked today, until now!
0ok!apa?ha? kamu tak fikir apa apa lagi, alamak…lambatlah otak kamu heat up untuk hari ni! ayoyoooo macam mana nak maju ni…….
””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””’end of prologue””””””””””’
sekian saja mukadimah saya kali ini,nanti takut panjang dan meleret leret pulak ye…
tapi sudah kah anda mula berfikir? kalau anda dah berfikir, fikir apa pula ya? kalau anda perasan saya seolah olah bercakap dengan seseorang dalam mukadimah itu. siapa dia itu? itulah saya!
HAHAHA..maaf jika anda bingung dengan bicara saya ini, tapi itulah hakikatnya. itulah Kuasa berfikir yang sebenarnya. dengan berfikir anda akan berupaya berbicara dengan minda anda, malah lebih dalam berbanding itu. jika anda mahu, anda mampu berbicara dengan hati anda , malah dengan nafsu anda sekali!
Hebat,Kan!
jika kamu berfikir sekarang, kamu lebih hebat daripada Alexander Graham Bell yang menjadi orang pertama membuat panggilan jarak jauh menggunakan alatnya yang dipanggil “telephone”…..
maka dengan berfikirlah orang barat menjadi lebih maju secara material dan ideologi berbanding kita yang berada di timur ini- walau secara realitinya timur mencapai ketamadunan lebih awal berbanding barat.
cuba lihat dengan lebih spesifik lagi- kalau kita amati kembali orang timurlah dahulu yang mencipta layang layang.malah bukan satu bangsa yang tahu akan layang-layang,ada cina jepun dan melayu.Tetapi (kata orang barat lah) adik beradik wright lah yang berfikir dahulu untuk terbang dan seterusnya daripada usaha untuk merealisasikan buah fikiran itu terjadilah Kapal Terbang! bukannya orang cina jepun mahupun melayu!
kalau orang melayu sekarang ni…dengki sikit terus jumpa bomoh untuk kenakan orang yang didengki-sanggup lagi nak bagi pengeras beribu-ribu ringgit! lepas tu timbul lah fenomena pelik pada orang yang dikenakan tu..salah satunya ialah Kapla Terbang (kat kampung orang panggil Balan Balan-fikir kat mana tue..)
Wakakaka…bukankah itu agak bodoh jika diamati dengan fikiran dalam!
Dengan fikiranlah juga kita mampu mendahului zaman. ini sudah pun dibuktikan oleh ahli fikir yang terdahul seperti galileo, ibnusina arrazi….dan macam macam lagi! saya lebih selesa memanggil mereka ahli fikir berbanding ahli ilmu, kerana dengan berfikirlah mereka berkuasa mengungkai rahsia yang ghaib pada mulanya-iaitu ILMU
i dont really think Knowledge is power but THINKING WILL MAKE YOU POWERFUL-because knowledge does not make you gain anything unless you think over it. your mind only fruits new ideas and knowledges if you start thinking and doing things, am i right?
so, start thinking now!
wassalam!
Add comment Jun 17, 2008
Hello world!
Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!
1 comment Jun 17, 2008